Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA tersenyum manis dan berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang bakal ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakiti, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi fikirkanlah, apakah kata-kata yang mahu dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?
--
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH
****
Menarik forward email dr nana. publish kat sini utk di renung-renungkan. Sekali baca, terkesan kat hati. Huhuuu.. xmo la jadi camtu. Mudah-mudahan kekal bahagia ke hujung nyawa. Aaamin... Bukan senang nak dpt kawin. Bukan sikit air mata hangat dan keringat masin yang tumpah. Tak cukup bakul lg nak letak maki-fitnah dan jeling-juih org.Jerihnya masih terasa sampai sekarang. Tersisa juga sampai hari ini. Namun adat manusia selalu terlepas pandang. Na'uzubillah.. Biar pahit laluan dulu, kami mahu semua segar.. bukan untuk mendendami sesiapa, tetapi utk kami lebih mensyukuri nikmat perkongsian ini. Segalanya kurniaan Illahi.. Tiada daya kami selain dengan izin Al-Khaliq. Alhamdulillah...
****
Menarik forward email dr nana. publish kat sini utk di renung-renungkan. Sekali baca, terkesan kat hati. Huhuuu.. xmo la jadi camtu. Mudah-mudahan kekal bahagia ke hujung nyawa. Aaamin... Bukan senang nak dpt kawin. Bukan sikit air mata hangat dan keringat masin yang tumpah. Tak cukup bakul lg nak letak maki-fitnah dan jeling-juih org.Jerihnya masih terasa sampai sekarang. Tersisa juga sampai hari ini. Namun adat manusia selalu terlepas pandang. Na'uzubillah.. Biar pahit laluan dulu, kami mahu semua segar.. bukan untuk mendendami sesiapa, tetapi utk kami lebih mensyukuri nikmat perkongsian ini. Segalanya kurniaan Illahi.. Tiada daya kami selain dengan izin Al-Khaliq. Alhamdulillah...

No comments:
Post a Comment